AISKRIM ROTI


Siapa pernah makan aiskrim kat atas tu? Sila angkat tangan…hahaha. Dah lama betul tak makan aiskrim roti. Secara kebetulan masa kita nak masuk Hutan Bandar Johor Bahru ada orang jual aiskrim roti.

Kita pergi berdua dengan anak dara, Aja. Dia yang sibuk nak makan. Murah je satu dengan harga RM1.00. Kita makan perisa durian dan Aja makan perisa coklat.

Memang sedap, nak try tak…sedap tau. Yummmyyy…

Advertisements

POKOK HIASAN MEJA

 

 

Minat tak menanam pokok di dalam rumah. Maksud kita bukanlah tanam pokok ubi, kelapa dan sebagainya dalam rumah ya…ngeee Kita memang agak cerewet tentang menghias rumah.

Dekorasi rumah semua dari sentuhan tangan kita. Taklah pandai sangat, just ikut naluri sendiri. Pokok di atas tu paling mudah di tanam di dalam rumah kerana ianya tidak memerlukan air yang banyak, seminggu sekali siram sudah mencukupi. Masukkan dalam pasu yang elok sedikit dan letak di atas meja konsol dan sebagainya kemudian letak aksesori kayu, kulit siput dan batu.

Insyallah mesti cun! Tengok hasilnya kita dah lakukan…ngeee

AMANAT TAHUN BARU DI PNM

Wah! Tak pasal-pasal kita dapat peluang mendengar Taklimat Amanat Tahun Baru 2011 dari Datuk Roslin Abu Bakar semasa menghadiri bengkel di PNM. Kita gunakan peluang ini untuk mendengar amanat darinya.

Memang penuh dewan dari kalangan orang PNM. Dalam 1-30jam kita dengar taklimatnya. Dia ada rancangan terbaru untuk orangramai. Penghantaran peminjaman buku ke rumah. Gluppp! Kita dengar. Kita pikir dari sudut positif, mudahnya manusia nak dapatkan buku. Main order online nanti ada staf datang hantar ke rumah. Aiyakkk! Manyak senang idup…ngeee

Seronok juga tengok montaj PNM tahun 2010, mereka imbau kembali perjalanan program 2010. Tak pasal-pasal kita tau semua.

Akhir program Datuk Roslin Abu Bakar belanja nasi beriani dan pelbagai juadah. Akhirnya makanan yang di sediakan untuk sarapan pagi semasa bengkel terbiar…kesian ko makanan!

PERASANNYA


Hari terakhir menghadiri kursus so cantik sikitlah sebab ada sesi bergambar. Ceh! Perasannya mak…ngeee. Lepas breakfast sempat kita snap gambar.

Hari tu kita pinky, pakai baju kurung pink dan shawl hitam bersepit tepi dengan mengenakan brooch besar. Kata nak cantikkan…perasan lagi…ngeee

BLOG BARU

Inilah blog wordpress kita yang baru di bina 3 hari yang lepas. Perghhhh! Ada gambar perempuan you! Yes I like this picture…ngeee

Isikandungannya serupa dengan blogspot hanya bezanya rakan-rakan. Terima kasih en. Fuad yang banyak bimbing kita. Dah jatuh chenta dengan wordpress sekarang. Sekarang kita kena layan 3 blog dengan isi yang serupa…ngeee

DEKO-DEKO THAILAND


Antara bahan hiasan yang kita beli di padang Besar, Perlis. Memandangkan kita dah terpandang, apa lagi cepat-cepat sambar kalau tak balik dengan rasa kempunan…hehehe. Boleh jiwa kacau, siang ingat, malam meracau tak pun mengigau manjang…hahaha

Produk Thailand mari sebenarnya, tengok tokey kedai pun cakap loghat Thailand. Biasalah kita ni suka buat operasai tawar menawar. Peduli hape kan…kan..kan, kita pelanggan layanlah sikap pelanggan macam kita ni…hahaha. Sure dalam hati dia kata ‘boleh tutup kedai aku layan makcik ni’…hahaha

Dapat juga akhirnya. Seronoknya, kita suka sangat-sangat walaupun dapat beli sikit tapi selain tu dapat juga cuci mata dalam kedai Thailand yang tewas dalam sesi tawar menawar denganku…hahaha.

Perghhh! Semua barang-barang hiasan yang dijual berasaskan kayu. Harga pun murah berbanding dengan JB ni.

Macam nak pergi lagi je…lalalalala

BREAKFAST


Gambar atas ni masa kita breakfast semasa menghadiri kursus 2 hari yang lepas . Orang kalau suka menulis blog ni memang banyak idea. Hp sentiasa dalam tangan sebab nak snap gambar…hahaha

Setiap pergerakan itulah cerita yang akan di isi dalam blognya. Betul tak rakan-rakan blogger? hahaha. Serronokkan? Blogger je yang tahu perasaan kita…hehehe

Pagi semalam kita makan mee rebus dan donat. Alhamdulilah, kenyang!

Previous Older Entries